PEMBUANGAN TATTOO

Banyak orang memasang Tattoo di badan tanpa sedar atau mengetahuai bahawa bukan mudah untuk membuangnya di kemudian hari. Mungkin Tattoo yang sangat kita minati dan amat sesuai sekarang akan menjadi Tattoo yang sudah tidak berkenan atau bertepatan dengan situasi sekarang. Hakikatnya memang murah untuk memasang Tattoo di badan tetapi adalah terlalu mahal untuk membuang Tattoo.

Ada banyak yang memasang Tattoo kerana saja suka-suka ataupun saja ikut kawan-kawan tanpa memikirkan bahawa Tattoo itu akan kekal dibawa kemasa hadapan kita. Sebagai contoh anda ada memasang Tattoo di leher tiba tiba dapat pangilan interview untuk memasuki Pegawai Polis Malaysia ataupun untuk menjadi Pramugari atau Pramugara dalam tempoh 2 minggu dari sekarang. Yang pasti kalau mereka nampak atau tahu bahawa anda ada Tattoo di leher sudah pasti peluang anda untuk menjadi pegawai polis ataupun pramugara/pramugari hancur.

Anda mungkin akan berusaha untuk cuba membuangkan Tattoo tersebut tetapi hanya rawatan Laser sahaja yang boleh membuang Tattoo tersebut tanpa meninggalkan kesan parut. Kos untuk membuang Tattoo boleh mencecah beberapa ribu ringgit tergantung kepada berapa besar, berapa banyak tattoo yang ada serta berapa banyak warnakah tattoo anda yang ada.
Kalaupun anda ada uang untuk rawatan Laser tetapi anda tetap tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuang tatto tersebut sebelum waktu temuduga kerna rawatan laser untuk tattoo memerlukan beberapa sesi rawatan untuk menghilangkannya. Jarak diantara setiap rawatan mungkin 4 ke 6 minggu dan diperlukan sekurang-kurangnya 3 ke 10 kali rawatan.

Dalam hal ini peluang anda akan hancur berkecai untuk menjadi inspektor polis atau pun pramugara/i dan yang pasti tatto itu akan menggagalkan cita-cita dan masa depan anda.
Jadi nasihat saya berhati-hatilah untuk memasang tattoo di badan, jangan terlampau mengikut perasaan dan ingatlah kita belum pasti masa hadapan kita.
Hairfaceclinic memang ada menyediakan Laser yang mampu membuang Tatto yang amature ataupun tattoo yang di buat oleh tattoo profesional. Untuk menentukan kos rawatan sebenar anda harus datang keklinik untuk di periksa dan anggaran berapa kali rawatan yang diperlukan bagi memadam tattoo anda.
Easy "water hack" burns 2 lbs OVERNIGHT
ReplyDeleteAt least 160,000 women and men are hacking their diet with a simple and SECRET "liquid hack" to burn 1-2 lbs each and every night while they sleep.
It's very easy and it works with anybody.
Just follow these easy step:
1) Grab a clear glass and fill it half the way
2) Proceed to learn this weight loss HACK
you'll become 1-2 lbs lighter in the morning!