Thursday, February 27, 2014

PRP


Platelet Rich Plasma (PRP)

Rawatan PRP adalah baru di perkenalkan dan sangat popular sekarang untuk merangsang 'facial rejuvenation'.

PRP adalah komponen kecil plasma darah yang kaya dengan platelet.
Platelet terdiri daripada cebisan-cebisan sel yang bertanggungjawab dalam pembekuan darah ketika luka.Apabila berlaku kecederaan pada kulit,platelet bertindak dengan melepaskan pelbagai jenis bahan kimia yang dipanggil 'growth factor'.Growth factor ini akan merangsang stem sel untuk meningkatkan proses pembaharuan sel-sel kulit dan tisu yang lain.
Di dalam PRP, kepekatan platelet adalah 4-5 kali lebih tinggi daripada baseline.Apabila PRP ini disuntik ke dalam lapisan dermis kulit ia akan meningkatkan penghasilan kolagen dan sel-sel kulit yang baru menjadikan kulit lebih anjal dan berseri.
PRP jika diamalkan secara berterusan dalam tempoh yang lama akan melambatkan proses penuaan untuk kekal awet muda.

Kebaikan PRP

  • Anti penuaan
  • Menghilangkan kedutan dan garis halus
  • Memperbaiki tekstur kulit
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Menghilangkan parut

No comments:

Post a Comment