Thursday, February 27, 2014

AESTHETIC CIRCUMCISION


Bersunat atau 'Potong kulit' memang menjadi amalan dan tradisi orang Islam, Yahudi dan juga orang-orang di America. Bagi lelaki islam dan Yahudi hampir 100 % bersunat dan orang America sekitar 80% lelakinya disunatkan sewaktu dilahirkan.

Sekarang amalan bersunat ini sudah bertambah popular dan lebih ramai lelaki dewasa yang mahu bersunat atas alasan mendapatkan kebersihan dan kesihatan. Ramai juga lelaki muda yang terpaksa memilih bersunat kerana masalah perubatan seperti infeksi 'balanitis' yang berulang-ulang, sakit waktu sex kerana ada pecah (crack) pada kulit kulup dan juga masalah 'phimosisi' atau 'paraphimosis'.

Kajian perubatan terbaru juga menunjukkan lelaki bersunat adalah 60% lebih selamat dari lelaki tidak bersunat untuk mendapat jangkitan HIV. Ini disebabkan virus HIV hanya dapat memasuki dan menjagkiti lelaki melalui kulit dalam kulup yang lembut dan basah (inner prepuce), bagi lelaki yang bersunat, sudah tiada kulit lembut basah tersebut dan peluang untuk mendapat jangkitan HIV adalah jauh lebih kurang. Ini bukan bermakna lelaki bersunat boleh melakukan sex bebas dengan wanita yang ada HIV. Sex sehat dan tiada sex rambang adalah amalan sehat yang sangat dituntut.

Sememangnya penyelesaian muktamat kepada masalah diatas adalah dengan bersunat atau potong kulit yang terlebih itu. Masalah utama yang sering di hadapi kebanyakan orang adalah malu, takut sakit dan yang lebih penting lagi tidak tahu dimana tempat yang boleh melakukan 'potong kulit' tersebut.

Sebenarnya banayak tempat boleh melakukan 'potong kulit', semua Private Hospital seharusnya ada doktor yang boleh melakukan proses bersunat. Banyak juga Private Klinik yang boleh melakukan proses bersunat ini. Cuma bezanya di Hospital Swasta mungkin akan mengenakan kos yang lebih tinggi dan mungkin sekitar RM2000.00 sampai RM7,000.00. caj yang lebih tinggi biasanya dikenankan bagi kes-kes Phimosis yang teruk.

Bersunat dewasa adalah lebih sukar dari bersunat bayi atau anak-anak, ini kerana lebih banyak komplikasi dan lebih lama masa pemulihan yang diperlukan untuk orang dewasa. Untuk makluman anda jangan tersalah anggap bahawa 'Sunat Laser' itu adalah yang terbaik!.

Sebenarnya BUKAN sunat dengan Laser tapi sunat menggunakan alat  'Electrocautery' jadi kulit akan di potong dengan filement besi panas dan ini akan menghasilkan kesan luka bakar yamg menyebabkan lama masa untuk baik puleh. Setelah di potong dengan electrocautery ianya perlu di jahit dan di balut seperti sunat konvesional dan kemudian perlu dressing.

Teknik sunat yang terbaik adalah menggunakan kaedah Clamp Alisklamp, ianya satu teknik yang kita panggil 'Non-surgical Circumcision' iaitu tiada pemotongan kulit hidup dilakukan dan langsung tiada pendarahan berlaku serta tiada langsung luka terbuka. Bersunat dengan kaedah ini langsung tidak mengerikan bagi orang-orang dewasa kerna ianya hanya seperti memakai sarong acuan di zakar. Hasil bersunat dengan kaedah Alisklamp ini memang cukup cantek, potongan yang dilakukan adalah berseh dan licin serta selari dengan kepala zakar. Makanya teknik sunat dengan alat Alisklamp ini juga dikenali dengan Aesthetic Circumcision.





REJUVENASI MUKA


Dalam proses

HAIR IMPLANTATION


Dalam proses

PEMBUANGAN LEMAK BERLEBIHAN


Laser Lipolysis

Silberg Ultrasound

Carboxytherapy

Vella smooth

XANTHELESMA


Benjolan atau bengkakan yang kelihatan kekuningan atau kelabu di sekitar kelopak mata adalah disebabkan oleh mendapan lemak yang terkumpul atau menumpuk disana, biasanya anda mempunyai kandungan cholesterol yang agak tinggi didalam darah anda. Kebanyakan doktor membiarkan sahaja apabila anda mengeloh tentang bengkakan tersebut yang secara tidak langsung menyebabkan anda kelihatan kurang cantek atau kurang handsome.






Untuk di buat pembedahan ia akan meningalkan kesan parut yang mungkin lebih mencacatkan muka anda dan yang lebih utama kemungkinan ia akan kembali semula adalah tinggi. Tambahan pula pembedahan di tepi mata juga agak membimbangkan anda.





Untuk makluman anda Xantelesma ini dengan mudah dapat kita buang dengan menggunakan rawatan Laser. Ianya tidak menyakitkan dan tiada keperluan untuk kita menyuntik dengan ubat bius sebelom rawatan laser dilakukan. Cukup sekadar menyapukan krim untuk menyebabkan rasa kebas di tempat tersebut 45 minit sebelum proses rawatan dilakukan.

















Mata anda akan ditutup dengan penutup yang tidak mungkin ditembusi oleh cahaya laser yang digunakan dan kemudian tempat xantelesma tersebut akan di pancarkan dengan CO2 Laser untuk beberapa kali. Setelah itu bekas tersebut akan disapu dengan antibiotik krim bagi menghindari dari berlaku secondary infeksi berlaku.






Kebiasaan nya anda perlu mengulang semula rawatan laser ini selepas 4 ke 6 minggu supaya sisa sisa yang maseh tertinggal pada rawatan pertama dapat di buangkan. Ini juga penting supaya rawatan tidak terlalu aggresive bagi menghindar dari terjadi nya parut .

DERMAL FILLERS


Dermal Fillers adalah penggunaan bahan tertentu untuk di suntik masuk ke bawah kulit bagi memberikan kesan penambahan VOLUME di tempat- tempat yang memerlukan seperti lekukan atau lubang dimuka atau parut dari jerawat, ia juga digunakan untuk mengurangkan kedutan yang terjadi akibat kulit terlipat atau pun garis-garis penuaan yang bukan terhasil dari kontriksi otot. Contohnya 'sleep line','Nasolabial fold' dan 'sunken cheek' boleh di perbaiki dengan suntikan dermal fillers.

Dermal Fillers
juga sangat popular di gunakan 'Nose enhancement' iaitu menambah ketinggian batang hidung yang peset, meratakan batang hidung yang ada lekukan atau benjolan tulang, memancungkan dan meruncingkan hidung serta meninggikan sedikit hidung.










Mencantekkan bibir adalah sangat berkesan dan mudah dengan fillers. Bibir yang nipis dengan mudah dapat di perbaiki dengan menebalkan nya dan akan langsung kelihatan berisi.







Bibir juga mudah di bentuk mengikut cita rasa pelangan, ada yang mahu bibir yang jelas dengan sempadan di tepi bibir yang menonjol. Ini dapat dilakukan dengan memberikan suntikan filler di 'Vermilion Border'.


Untuk yang mahu kelihatan seksi dengan bibir yang 'veloptous' makan suntikan filler di berikan lebih di bahagian tengah terutama nya di bahagian bibir bawah.










Pelbagai bahan Derma fillers yang digunakan seperti silikon, kolagen-human, collagrn-porcine, hyaluronic acid-avian, hyaluronic acid-bacterial, Calcium Hydroxylapatite(aquamid), Poly-L-lactic acid and Polyacrylamide.

Pembahagian fillers is boleh mengikut tempoh lama 'biodegradable' (dimusnahkan) nya di dalam badan kita dan ianya di panggil Temporary Filler kalau biodegradable nya kurang dari 1 tahun dan Semipermanent kalau biodegradable nya dalam 1 ke 2 tahun dan di panggil Permanent kalau ianya Non-biodegradable dan kekal dalam badan lebih dari 2 tahun.

Berhati hati dalam pemilihan Fillers yang akan di gunakan. Penggunaan temporary fillers adalah yang terbaik kerana kurang komplikasi yang bakal di hadapi, tambahan pula sekarang sudah ada temporary fillers yang tahan sampai 8 ke 12 bulan. Crossed-Linked Hyaluronic Acid Fillers seperti Restylane, Teosyal, Perlane dan Juvederm  adalah yang terbaik dan paling selamat digunakan.

Antara Semi permanent Fillers yang popular digunakan adalah Radiasse/ Radiance (Calcium Hydraxylapatite) bertahan untuk 14-16 bulan, Bio-Acamid (Poly-acryl-amide Gel) bertahan untuk 2-5 tahun dan Aquamid (Poly-acryl-amide Gel) bertahan untuk 2-5 tahun dan Sculptra/New Fill (Polylactic Acid) boleh bertahan untuk 7-9 bulan sahaja.

Permanent Fillers yang terdapat di pasaran gelap adalah SILICONE GEL (Not Approved), tetapi maseh digunakan di Thailand, Indonesia dan negara2 membangun lain dengan harga yang murah dalam RM200 ke RM500 untuk cucuk hidung, bibir, dagu dan juga zakar. Silikon gel ini sangat merbahaya dan terlalu tinggi risiko untuk mendapat kanser serta komplikasi lain akibat suntikan nya sangat tinggi. Lain lain permanent fillers adalah Artecoll, Artefill, Profill dan Dermalive yang mengandungi bahan Polymethyl-methaacrylate (PMMA). PTFE Graft ( Gortex and SoftForm) dan Bioplastique (Polyvinyl-pyrrolidone gel with silicone particles) adalah juga permanent fillers.

Komplikasi fillers .....nti sambung







FOTONA QX-MAX LASER


Dalam proses