Benjolan atau bengkakan yang kelihatan kekuningan atau kelabu di sekitar kelopak mata adalah disebabkan oleh mendapan lemak yang terkumpul atau menumpuk disana, biasanya anda mempunyai kandungan cholesterol yang agak tinggi didalam darah anda. Kebanyakan doktor membiarkan sahaja apabila anda mengeloh tentang bengkakan tersebut yang secara tidak langsung menyebabkan anda kelihatan kurang cantek atau kurang handsome.
Untuk makluman anda Xantelesma ini dengan mudah dapat kita buang dengan menggunakan rawatan Laser. Ianya tidak menyakitkan dan tiada keperluan untuk kita menyuntik dengan ubat bius sebelom rawatan laser dilakukan. Cukup sekadar menyapukan krim untuk menyebabkan rasa kebas di tempat tersebut 45 minit sebelum proses rawatan dilakukan.

Mata anda akan ditutup dengan penutup yang tidak mungkin ditembusi oleh cahaya laser yang digunakan dan kemudian tempat xantelesma tersebut akan di pancarkan dengan CO2 Laser untuk beberapa kali. Setelah itu bekas tersebut akan disapu dengan antibiotik krim bagi menghindari dari berlaku secondary infeksi berlaku.


No comments:
Post a Comment