Thursday, February 27, 2014

AESTHETIC CIRCUMCISION


Bersunat atau 'Potong kulit' memang menjadi amalan dan tradisi orang Islam, Yahudi dan juga orang-orang di America. Bagi lelaki islam dan Yahudi hampir 100 % bersunat dan orang America sekitar 80% lelakinya disunatkan sewaktu dilahirkan.

Sekarang amalan bersunat ini sudah bertambah popular dan lebih ramai lelaki dewasa yang mahu bersunat atas alasan mendapatkan kebersihan dan kesihatan. Ramai juga lelaki muda yang terpaksa memilih bersunat kerana masalah perubatan seperti infeksi 'balanitis' yang berulang-ulang, sakit waktu sex kerana ada pecah (crack) pada kulit kulup dan juga masalah 'phimosisi' atau 'paraphimosis'.

Kajian perubatan terbaru juga menunjukkan lelaki bersunat adalah 60% lebih selamat dari lelaki tidak bersunat untuk mendapat jangkitan HIV. Ini disebabkan virus HIV hanya dapat memasuki dan menjagkiti lelaki melalui kulit dalam kulup yang lembut dan basah (inner prepuce), bagi lelaki yang bersunat, sudah tiada kulit lembut basah tersebut dan peluang untuk mendapat jangkitan HIV adalah jauh lebih kurang. Ini bukan bermakna lelaki bersunat boleh melakukan sex bebas dengan wanita yang ada HIV. Sex sehat dan tiada sex rambang adalah amalan sehat yang sangat dituntut.

Sememangnya penyelesaian muktamat kepada masalah diatas adalah dengan bersunat atau potong kulit yang terlebih itu. Masalah utama yang sering di hadapi kebanyakan orang adalah malu, takut sakit dan yang lebih penting lagi tidak tahu dimana tempat yang boleh melakukan 'potong kulit' tersebut.

Sebenarnya banayak tempat boleh melakukan 'potong kulit', semua Private Hospital seharusnya ada doktor yang boleh melakukan proses bersunat. Banyak juga Private Klinik yang boleh melakukan proses bersunat ini. Cuma bezanya di Hospital Swasta mungkin akan mengenakan kos yang lebih tinggi dan mungkin sekitar RM2000.00 sampai RM7,000.00. caj yang lebih tinggi biasanya dikenankan bagi kes-kes Phimosis yang teruk.

Bersunat dewasa adalah lebih sukar dari bersunat bayi atau anak-anak, ini kerana lebih banyak komplikasi dan lebih lama masa pemulihan yang diperlukan untuk orang dewasa. Untuk makluman anda jangan tersalah anggap bahawa 'Sunat Laser' itu adalah yang terbaik!.

Sebenarnya BUKAN sunat dengan Laser tapi sunat menggunakan alat  'Electrocautery' jadi kulit akan di potong dengan filement besi panas dan ini akan menghasilkan kesan luka bakar yamg menyebabkan lama masa untuk baik puleh. Setelah di potong dengan electrocautery ianya perlu di jahit dan di balut seperti sunat konvesional dan kemudian perlu dressing.

Teknik sunat yang terbaik adalah menggunakan kaedah Clamp Alisklamp, ianya satu teknik yang kita panggil 'Non-surgical Circumcision' iaitu tiada pemotongan kulit hidup dilakukan dan langsung tiada pendarahan berlaku serta tiada langsung luka terbuka. Bersunat dengan kaedah ini langsung tidak mengerikan bagi orang-orang dewasa kerna ianya hanya seperti memakai sarong acuan di zakar. Hasil bersunat dengan kaedah Alisklamp ini memang cukup cantek, potongan yang dilakukan adalah berseh dan licin serta selari dengan kepala zakar. Makanya teknik sunat dengan alat Alisklamp ini juga dikenali dengan Aesthetic Circumcision.





REJUVENASI MUKA


Dalam proses

HAIR IMPLANTATION


Dalam proses

PEMBUANGAN LEMAK BERLEBIHAN


Laser Lipolysis

Silberg Ultrasound

Carboxytherapy

Vella smooth

XANTHELESMA


Benjolan atau bengkakan yang kelihatan kekuningan atau kelabu di sekitar kelopak mata adalah disebabkan oleh mendapan lemak yang terkumpul atau menumpuk disana, biasanya anda mempunyai kandungan cholesterol yang agak tinggi didalam darah anda. Kebanyakan doktor membiarkan sahaja apabila anda mengeloh tentang bengkakan tersebut yang secara tidak langsung menyebabkan anda kelihatan kurang cantek atau kurang handsome.






Untuk di buat pembedahan ia akan meningalkan kesan parut yang mungkin lebih mencacatkan muka anda dan yang lebih utama kemungkinan ia akan kembali semula adalah tinggi. Tambahan pula pembedahan di tepi mata juga agak membimbangkan anda.





Untuk makluman anda Xantelesma ini dengan mudah dapat kita buang dengan menggunakan rawatan Laser. Ianya tidak menyakitkan dan tiada keperluan untuk kita menyuntik dengan ubat bius sebelom rawatan laser dilakukan. Cukup sekadar menyapukan krim untuk menyebabkan rasa kebas di tempat tersebut 45 minit sebelum proses rawatan dilakukan.

















Mata anda akan ditutup dengan penutup yang tidak mungkin ditembusi oleh cahaya laser yang digunakan dan kemudian tempat xantelesma tersebut akan di pancarkan dengan CO2 Laser untuk beberapa kali. Setelah itu bekas tersebut akan disapu dengan antibiotik krim bagi menghindari dari berlaku secondary infeksi berlaku.






Kebiasaan nya anda perlu mengulang semula rawatan laser ini selepas 4 ke 6 minggu supaya sisa sisa yang maseh tertinggal pada rawatan pertama dapat di buangkan. Ini juga penting supaya rawatan tidak terlalu aggresive bagi menghindar dari terjadi nya parut .

DERMAL FILLERS


Dermal Fillers adalah penggunaan bahan tertentu untuk di suntik masuk ke bawah kulit bagi memberikan kesan penambahan VOLUME di tempat- tempat yang memerlukan seperti lekukan atau lubang dimuka atau parut dari jerawat, ia juga digunakan untuk mengurangkan kedutan yang terjadi akibat kulit terlipat atau pun garis-garis penuaan yang bukan terhasil dari kontriksi otot. Contohnya 'sleep line','Nasolabial fold' dan 'sunken cheek' boleh di perbaiki dengan suntikan dermal fillers.

Dermal Fillers
juga sangat popular di gunakan 'Nose enhancement' iaitu menambah ketinggian batang hidung yang peset, meratakan batang hidung yang ada lekukan atau benjolan tulang, memancungkan dan meruncingkan hidung serta meninggikan sedikit hidung.










Mencantekkan bibir adalah sangat berkesan dan mudah dengan fillers. Bibir yang nipis dengan mudah dapat di perbaiki dengan menebalkan nya dan akan langsung kelihatan berisi.







Bibir juga mudah di bentuk mengikut cita rasa pelangan, ada yang mahu bibir yang jelas dengan sempadan di tepi bibir yang menonjol. Ini dapat dilakukan dengan memberikan suntikan filler di 'Vermilion Border'.


Untuk yang mahu kelihatan seksi dengan bibir yang 'veloptous' makan suntikan filler di berikan lebih di bahagian tengah terutama nya di bahagian bibir bawah.










Pelbagai bahan Derma fillers yang digunakan seperti silikon, kolagen-human, collagrn-porcine, hyaluronic acid-avian, hyaluronic acid-bacterial, Calcium Hydroxylapatite(aquamid), Poly-L-lactic acid and Polyacrylamide.

Pembahagian fillers is boleh mengikut tempoh lama 'biodegradable' (dimusnahkan) nya di dalam badan kita dan ianya di panggil Temporary Filler kalau biodegradable nya kurang dari 1 tahun dan Semipermanent kalau biodegradable nya dalam 1 ke 2 tahun dan di panggil Permanent kalau ianya Non-biodegradable dan kekal dalam badan lebih dari 2 tahun.

Berhati hati dalam pemilihan Fillers yang akan di gunakan. Penggunaan temporary fillers adalah yang terbaik kerana kurang komplikasi yang bakal di hadapi, tambahan pula sekarang sudah ada temporary fillers yang tahan sampai 8 ke 12 bulan. Crossed-Linked Hyaluronic Acid Fillers seperti Restylane, Teosyal, Perlane dan Juvederm  adalah yang terbaik dan paling selamat digunakan.

Antara Semi permanent Fillers yang popular digunakan adalah Radiasse/ Radiance (Calcium Hydraxylapatite) bertahan untuk 14-16 bulan, Bio-Acamid (Poly-acryl-amide Gel) bertahan untuk 2-5 tahun dan Aquamid (Poly-acryl-amide Gel) bertahan untuk 2-5 tahun dan Sculptra/New Fill (Polylactic Acid) boleh bertahan untuk 7-9 bulan sahaja.

Permanent Fillers yang terdapat di pasaran gelap adalah SILICONE GEL (Not Approved), tetapi maseh digunakan di Thailand, Indonesia dan negara2 membangun lain dengan harga yang murah dalam RM200 ke RM500 untuk cucuk hidung, bibir, dagu dan juga zakar. Silikon gel ini sangat merbahaya dan terlalu tinggi risiko untuk mendapat kanser serta komplikasi lain akibat suntikan nya sangat tinggi. Lain lain permanent fillers adalah Artecoll, Artefill, Profill dan Dermalive yang mengandungi bahan Polymethyl-methaacrylate (PMMA). PTFE Graft ( Gortex and SoftForm) dan Bioplastique (Polyvinyl-pyrrolidone gel with silicone particles) adalah juga permanent fillers.

Komplikasi fillers .....nti sambung







FOTONA QX-MAX LASER


Dalam proses

TOMPOK TOMPOK HITAM DI MUKA


Dalam proses

PEMBUANGAN TAHI LALAT


Dlm proses

PARUT


Semua kita mesti ada parut, kalau tiada langsung parut dibadan nanti akan di ambil atau di culik oleh Orang Bunian kata orang tua-tua masa di kampung dahulu, tak tau lah sejauh mana kebenarannya, tetapi yang jelas semua kita baik lelaki atau perempuan mesti ada parut, sekurang-kurang nya mesti ada parut dari SUNTIKAN BCG di bahu kanan atau kiri anda. Mungkin juga dengan ada nya Parut suntikan BCG ini tiada lagi anak-anak dara kita sekarang yang hilang diambil Orang Bunian.

Suntikan BCG ini adalah untuk merangsang daya tahan badan anda kepada penyakit TB(batuk kering). Kalau anak dara kampung dulu sering dapat parut kalau terluka kena pisau sewaktu memotong sayur ataupun menyiang ikan ataupun parut akibat mendapat kudis di kaki sewaktu kecil. Parut di muka amat lah menakutkan oleh semua wanita kerana dengan adanya parut dimuka maka kecantikan seseorang wanita itu akan jauh berkurangan. Berlainan pula dengan lelaki, parut dimuka boleh menjadi kebangaan bagi sesetengah lelaki, ianya dapat menunjukkan sikap kelelakian nya, ada ayat seperti ' men's are proud of their scars'.

Kalau dulu parut ini adalah suatu ketentuan dan harus kita menerima sahaja kerana tiada apa yang boleh atau mampu untuk kita lakukan. Tetapi zaman sekarang berbagai parut boleh kita perbaiki atau padamkan dengan berbagai cara moden yang ada.



Microdermabrasion mampu meratakan dan secara perlahan-lahan mengurangkan parut-parut jerawat yang terdapat anda. Ianya harus dilakukan berulang-ulang untuk berberapa kali dan tergantung pada keterukan parut-parutnya. 'Dermal Roller' juga adalah satu teknik mudah yang mampu mengurangkan parut-parut jerawat dengan berkesan sekali.

Parut yang membengkak (hyperthropic scars) atau lebih di kenali dengan "Keloid" mampu di hilangkan dengan suntikan intra-lesional Kenacort dan Fotona Laser serta juga Fractioner CO2 Laser.






Penggunaan Laser dalam menghilangkan Parut adalah amat berkesan sekali. Bukan hanya Parut jerawat sahaja yang boleh di hilangkan malah semua jenis parut seperti parut akibat dari pembedahan dan juga parut akibat kecederaan.


Zaman sekarang antara parut yang sering menimpa kaum perempuan adalah parut pembedahan! terutama sekali parut dari pembedahan beranak iaitu 'lower segment caeserian section scar', kebanyakan ibu-ibu muda yang melahirkan anak di hospital swasta akan menerima parut ini sebagai hadiah kerana melahirkan anak secara lebih mahal. Doktor sakit puan se,memangnya tidak berapa perihatin diatas parut LSCS ini kerana mereka menjahit secara biasa sahaja luka tersebut dan kebiasaannya akan meningalkan kesan parut yang tidak cantik. Banyak suami-suami muda yang merasa kurang senang dengan parut yang terdapat di perut isterinya, malah ada yang takut dan trauma untuk menyetubuh isterinya untuk beberapa ketika dan ramai juga yang sudah kurang selera melihat perut isteri yang berparut.

Bagi yang mampu, mereka terpaksa berjumpa doktor bedah plastik untuk membuat pembedahan plastik bagi 'scar revision' terhadap parut tersebut, tapi tentulah lebih mahal dari kos melahirkan anak melalui LSCS dahulu.

Sekarang mungkin isteri dan suami yang boleh tersenyum dengan adanya teknik Laser untuk merawat parut-parut tersebut tanpa menjalani proses pembedahan yang sudah tentu mempunyai lebih banyak risikonya. Laser Fractional CO2 mampu menghilangkan parut kesan dari pembedahan secara perlahan-lahan dan ianya perlu dilakukan beberapa kali.












Semua jenis parut pembedahan dan juga parut akibat kecederaan boleh di rawat dengan Laser.














PRP


Platelet Rich Plasma (PRP)

Rawatan PRP adalah baru di perkenalkan dan sangat popular sekarang untuk merangsang 'facial rejuvenation'.

PRP adalah komponen kecil plasma darah yang kaya dengan platelet.
Platelet terdiri daripada cebisan-cebisan sel yang bertanggungjawab dalam pembekuan darah ketika luka.Apabila berlaku kecederaan pada kulit,platelet bertindak dengan melepaskan pelbagai jenis bahan kimia yang dipanggil 'growth factor'.Growth factor ini akan merangsang stem sel untuk meningkatkan proses pembaharuan sel-sel kulit dan tisu yang lain.
Di dalam PRP, kepekatan platelet adalah 4-5 kali lebih tinggi daripada baseline.Apabila PRP ini disuntik ke dalam lapisan dermis kulit ia akan meningkatkan penghasilan kolagen dan sel-sel kulit yang baru menjadikan kulit lebih anjal dan berseri.
PRP jika diamalkan secara berterusan dalam tempoh yang lama akan melambatkan proses penuaan untuk kekal awet muda.

Kebaikan PRP

  • Anti penuaan
  • Menghilangkan kedutan dan garis halus
  • Memperbaiki tekstur kulit
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Menghilangkan parut

NON SURGICAL FACELIFT

NON SURGICAL FACELIFT



Apabila kita meningkat usia, tisu-tisu sokongan di bawah kulit seperti kolagen dan elastin menjadi lemah. Akibatnya kulit  menjadi kurang tegang dan mula mengendur.Antara  bahagian yang terlibat termasuklah kelopak mata, pipi, kedua-dua sudut bibir (marionette line), garisan senyuman (laugh line) dan leher.Masalah ini boleh diatasi denagan melakukan procedure facelift.



Kalau dulu 'facelift' hanya boleh dilakukan dengan kaedah pembedahan plastik sahaja, tetapi sekarang berbagai teknik facelift boleh dilakukan tanpa pembedahan.Antara rawatan facelift yang semakin popular ketika ini ialah PDO facelift.Rawatan PDO ini menawarkan kaedah facelift yang paling mudah, berkesan dan kurang invasif.

Dengan menggunakan kaedah ini beberapa jarum khas yang mengandungi benang PDO dimasukkan di bawah kulit pada bahagian-bahagian muka yang dikehendaki.Sebelum jarum dimasukkan,bius setempat diberikan terlebih dahulu untuk mengelakkan kesakitan.Jarum-jarum tadi kemudiannya ditanggalkan dan benang-benang tersebut ditinggalkan di bawah kulit.Benang-benang ini akan menggalakkan penghasilan kolagen untuk memberi sokongan pada kulit.Selepas beberapa lama,benang-benang ini akan lupus dengan sendirinya.Proses memasukkan benang mengambil masa lebih kurang 30-60 minit dan pesakit boleh meneruskan aktiviti harian seperti biasa.Selain itu, ia juga tidak meninggalkan parut.







BOTOX


Botox adalah dari toksin atau racun yang dihasilkan oleh sejenis bakteria yang bernama Clostridium Botulinum. Makanan yang terkontuminasi dan juga luka-luka dalam yang kotor sering menyebabkan keracunan toksin ini. Para saintis dan dunia perubatan telah dapat memenafaat kan toksin ini untuk merawat berbagai penyakit dan juga untuk aesthetic medicine bagi memadamkan kedut-kedut di muka.

Kedut kedut di muka adalah sebahagian dari proses penuan kita dan mengambil masa bertahun-tahun untuk terjadi, dengan adanya rawatan botox kedut kedut ini mampu di hilang kan dalam beberpa minit sahaja dan kita boleh kelihatan 10 ke 15 tahun lebih muda.

Kedut muka yang mampu di hilang oleh botox hanya terhad kepada kedutan yang terhasil dari kontraksi otot atau dikenali sebagai 'dynamic wrinkles'. Ada beberapa kedutan di muka yang membuatkan kita kelihatan tua, antaranya kedutan di dahi, kedutan ditepi mata yang dikenali sebagai 'crowfeet', kedutan hidung dan mulut atau 'nasolabial fold' dan juga kedutan di sudut bibir. Rawatan botox ini di berikan dengan cara suntikan menggunakan jarum yang paling halus jadi ianya tidak lah menyakitkan sama sekali.

Anda akan mula merasa perubahan pada hari kedua, iaitu dahi sudah sukar untuk di kerutkan dan perubahan ini akan makin ketara pada hari ketiga sampai 7 hari. Sekiranya ada ketidak seimbangan antara kiri dan kanan anda boleh datang semula ke klinik untuk ;touch up" pada hari ke 10.

Kesan botox ini akan berterusan untuk tempoh lebeh kurang 4 bulan dan anda perlu mengulangi suntikan botox sekiranya anda ingin mengekalkan keadaan anda tanpa kedutan tersebut. Sekiranya anda tidak mengulangi suntikan tersebut, tiada apa apa masalah cuma perlahan-lahan anda akan kembali kepada keadaan asal anda semula.

Kesan sampingan

Dengan jumlah dose yang digunakan untuk rawatan garis-garis wajah, kesan sampingan biasanya sementara dan terhad kepada kawasan suntikan sahaja.

Kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuk sakit kepala, sakit rasa membakar atau pedeh, lebam, bengkak, kemerahan ditempat suntikan, kelemahan otot setempat termasuk kelopak/kening kuyu, kelopak mata bengkak, ketegangan kulit, sensasi sesemut, gatal-gatal/ sakit dahi, loya dan simptom semacam selsema.

Botox telah didaftarkan di lebih 80 negara di seluroh dunia dan ini termasuk Malaysia, Indonesia, Turki, Mesir, Arab Saudi,Jordan, Pakaistan, Bahrin, Kuwait, Oman, Emiriah Arab Bersatu dan Lubnan. Untuk membolehkan Botox di gunakan oleh lebih ramai orang lagi, langkah-langkah yang ketat telah diambil oleh pengeluar untuk memastikan bahawa produk akhir tidak mengandungi bahan daripada haiwan.

Jawatankuasa penyelidikkan untuk 'Islam Today" telah mengeluarkan fatwa untuk memaklumkan bahawa mereka mendapati "tidak ada sebab untuk melarang penggunaan Botox...selagi penggunaan bahan itu selamat dan tidak mengancam kesihatan seseorang".


Tuesday, February 25, 2014

SELAMAT DATANG KE BLOG HAIRFACECLINIC


Kami menyediakan perkhidmatan lengkap doktor profesional dalam kepakaran 'Aesthetic Medicine' ataupun perubatan estetika. Perubatan aestetik adalah ilmu baru di bidang perubatan yang sedang berkembang pesat dan merupakan alternatif kepada pembedahan kosmetik.

Aestetic medicine dapat membantu menyerlahkan kecantikan asli dan memperbaiki kelemahan dan kekurangan seseorang serta secara tak langsung meningkatkan keyakinan diri dan penampilan individu. Banyak kesan kesan penuan yang mampu di perbaiki dengan aesthetic medicine sahaja tanpa perlu kepada pembedahan plastik.

Pendekatan hairfaceclinic adalah secara konservatif dengan mendengar dan mengambil kira kehendak pelangan dan sasaran yang menasabah ditentukan serta plan rawatan yang sesuai di cadangkan.

Sebagai sebuah pusat 'one stop centre' kami menyediakan berbagai peralatan moden dan terkini didalam aesthetic medicine seperti CO2 Laser, fractional CO2 Laser, Fotona QX-MAX Laser, Smartlipo, Derma queen injector, Vella Smooth, Carboxy machine, microdermabrasion machine, PRP machine, hair implantation facilities and Dr Face machine.

Rawatan aesthetic yang ditawarkan termasuk implant rambut, botox, dermal fillers untuk mencantekkan bibir, hidung, dagu dan pipi muka. Dermaqueen PRP amat berkesan untuk meremajakan kulit muka dan 'thread facelift' mampu menegangkan kulit-kulit muka yang kendur dengan serta merta.

Fractioner CO2 laser juga amat berkesan untuk meremajakan kulit muka dan membuang sebarang parut-parut yang terdapat di muka terutama sekali parut-parut jerawat. Manakala CO2 laser juga mampu membuang tahi lalat, kesan tompok-tompok hitam dimuka dan 'skin tag'. 

Fotona Qx-Max laser boleh digunakan untuk membuang pigmentasi, melasma, vascular lesion, tatoo dan juga rejuvenasi kulit muka. Untuk mencantekkan badan dan membuang lemak yang berlebihan tersedia machine Smartlipo Laser, Carboxy maesin dan juga Velasmooth.

Doktor aesthetik dan perunding di hairfaceclinic cukup berpengalaman dan amat memahami kehendak pelangan kami.

Untuk temujanji dan konsultasi sila hubungi 03-77261977 atau email kami di hairfaceclinic@gmail.com

Untuk informasi dan edukasi tentang perkhidmatan kami sila ke laman sesawang  www.hairfaceclinic.com atau www.hairfaceclinic.blogspots.com. Jangan lupa untuk melayari dan likes facebook kami di www.facebook.com/hairfaceclinic

Terima kasih

Dr hairfaceclinic