Botox adalah dari toksin atau racun yang dihasilkan oleh sejenis bakteria yang bernama Clostridium Botulinum. Makanan yang terkontuminasi dan juga luka-luka dalam yang kotor sering menyebabkan keracunan toksin ini. Para saintis dan dunia perubatan telah dapat memenafaat kan toksin ini untuk merawat berbagai penyakit dan juga untuk aesthetic medicine bagi memadamkan kedut-kedut di muka.

Kedut muka yang mampu di hilang oleh botox hanya terhad kepada kedutan yang terhasil dari kontraksi otot atau dikenali sebagai 'dynamic wrinkles'. Ada beberapa kedutan di muka yang membuatkan kita kelihatan tua, antaranya kedutan di dahi, kedutan ditepi mata yang dikenali sebagai 'crowfeet', kedutan hidung dan mulut atau 'nasolabial fold' dan juga kedutan di sudut bibir. Rawatan botox ini di berikan dengan cara suntikan menggunakan jarum yang paling halus jadi ianya tidak lah menyakitkan sama sekali.
Anda akan mula merasa perubahan pada hari kedua, iaitu dahi sudah sukar untuk di kerutkan dan perubahan ini akan makin ketara pada hari ketiga sampai 7 hari. Sekiranya ada ketidak seimbangan antara kiri dan kanan anda boleh datang semula ke klinik untuk ;touch up" pada hari ke 10.
Kesan botox ini akan berterusan untuk tempoh lebeh kurang 4 bulan dan anda perlu mengulangi suntikan botox sekiranya anda ingin mengekalkan keadaan anda tanpa kedutan tersebut. Sekiranya anda tidak mengulangi suntikan tersebut, tiada apa apa masalah cuma perlahan-lahan anda akan kembali kepada keadaan asal anda semula.
Kesan sampingan
Dengan jumlah dose yang digunakan untuk rawatan garis-garis wajah, kesan sampingan biasanya sementara dan terhad kepada kawasan suntikan sahaja.
Kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuk sakit kepala, sakit rasa membakar atau pedeh, lebam, bengkak, kemerahan ditempat suntikan, kelemahan otot setempat termasuk kelopak/kening kuyu, kelopak mata bengkak, ketegangan kulit, sensasi sesemut, gatal-gatal/ sakit dahi, loya dan simptom semacam selsema.

Botox telah didaftarkan di lebih 80 negara di seluroh dunia dan ini termasuk Malaysia, Indonesia, Turki, Mesir, Arab Saudi,Jordan, Pakaistan, Bahrin, Kuwait, Oman, Emiriah Arab Bersatu dan Lubnan. Untuk membolehkan Botox di gunakan oleh lebih ramai orang lagi, langkah-langkah yang ketat telah diambil oleh pengeluar untuk memastikan bahawa produk akhir tidak mengandungi bahan daripada haiwan.
Jawatankuasa penyelidikkan untuk 'Islam Today" telah mengeluarkan fatwa untuk memaklumkan bahawa mereka mendapati "tidak ada sebab untuk melarang penggunaan Botox...selagi penggunaan bahan itu selamat dan tidak mengancam kesihatan seseorang".

No comments:
Post a Comment