Thursday, February 27, 2014

NON SURGICAL FACELIFT

NON SURGICAL FACELIFT



Apabila kita meningkat usia, tisu-tisu sokongan di bawah kulit seperti kolagen dan elastin menjadi lemah. Akibatnya kulit  menjadi kurang tegang dan mula mengendur.Antara  bahagian yang terlibat termasuklah kelopak mata, pipi, kedua-dua sudut bibir (marionette line), garisan senyuman (laugh line) dan leher.Masalah ini boleh diatasi denagan melakukan procedure facelift.



Kalau dulu 'facelift' hanya boleh dilakukan dengan kaedah pembedahan plastik sahaja, tetapi sekarang berbagai teknik facelift boleh dilakukan tanpa pembedahan.Antara rawatan facelift yang semakin popular ketika ini ialah PDO facelift.Rawatan PDO ini menawarkan kaedah facelift yang paling mudah, berkesan dan kurang invasif.

Dengan menggunakan kaedah ini beberapa jarum khas yang mengandungi benang PDO dimasukkan di bawah kulit pada bahagian-bahagian muka yang dikehendaki.Sebelum jarum dimasukkan,bius setempat diberikan terlebih dahulu untuk mengelakkan kesakitan.Jarum-jarum tadi kemudiannya ditanggalkan dan benang-benang tersebut ditinggalkan di bawah kulit.Benang-benang ini akan menggalakkan penghasilan kolagen untuk memberi sokongan pada kulit.Selepas beberapa lama,benang-benang ini akan lupus dengan sendirinya.Proses memasukkan benang mengambil masa lebih kurang 30-60 minit dan pesakit boleh meneruskan aktiviti harian seperti biasa.Selain itu, ia juga tidak meninggalkan parut.







No comments:

Post a Comment