Thursday, February 27, 2014

DERMAL FILLERS


Dermal Fillers adalah penggunaan bahan tertentu untuk di suntik masuk ke bawah kulit bagi memberikan kesan penambahan VOLUME di tempat- tempat yang memerlukan seperti lekukan atau lubang dimuka atau parut dari jerawat, ia juga digunakan untuk mengurangkan kedutan yang terjadi akibat kulit terlipat atau pun garis-garis penuaan yang bukan terhasil dari kontriksi otot. Contohnya 'sleep line','Nasolabial fold' dan 'sunken cheek' boleh di perbaiki dengan suntikan dermal fillers.

Dermal Fillers
juga sangat popular di gunakan 'Nose enhancement' iaitu menambah ketinggian batang hidung yang peset, meratakan batang hidung yang ada lekukan atau benjolan tulang, memancungkan dan meruncingkan hidung serta meninggikan sedikit hidung.










Mencantekkan bibir adalah sangat berkesan dan mudah dengan fillers. Bibir yang nipis dengan mudah dapat di perbaiki dengan menebalkan nya dan akan langsung kelihatan berisi.







Bibir juga mudah di bentuk mengikut cita rasa pelangan, ada yang mahu bibir yang jelas dengan sempadan di tepi bibir yang menonjol. Ini dapat dilakukan dengan memberikan suntikan filler di 'Vermilion Border'.


Untuk yang mahu kelihatan seksi dengan bibir yang 'veloptous' makan suntikan filler di berikan lebih di bahagian tengah terutama nya di bahagian bibir bawah.










Pelbagai bahan Derma fillers yang digunakan seperti silikon, kolagen-human, collagrn-porcine, hyaluronic acid-avian, hyaluronic acid-bacterial, Calcium Hydroxylapatite(aquamid), Poly-L-lactic acid and Polyacrylamide.

Pembahagian fillers is boleh mengikut tempoh lama 'biodegradable' (dimusnahkan) nya di dalam badan kita dan ianya di panggil Temporary Filler kalau biodegradable nya kurang dari 1 tahun dan Semipermanent kalau biodegradable nya dalam 1 ke 2 tahun dan di panggil Permanent kalau ianya Non-biodegradable dan kekal dalam badan lebih dari 2 tahun.

Berhati hati dalam pemilihan Fillers yang akan di gunakan. Penggunaan temporary fillers adalah yang terbaik kerana kurang komplikasi yang bakal di hadapi, tambahan pula sekarang sudah ada temporary fillers yang tahan sampai 8 ke 12 bulan. Crossed-Linked Hyaluronic Acid Fillers seperti Restylane, Teosyal, Perlane dan Juvederm  adalah yang terbaik dan paling selamat digunakan.

Antara Semi permanent Fillers yang popular digunakan adalah Radiasse/ Radiance (Calcium Hydraxylapatite) bertahan untuk 14-16 bulan, Bio-Acamid (Poly-acryl-amide Gel) bertahan untuk 2-5 tahun dan Aquamid (Poly-acryl-amide Gel) bertahan untuk 2-5 tahun dan Sculptra/New Fill (Polylactic Acid) boleh bertahan untuk 7-9 bulan sahaja.

Permanent Fillers yang terdapat di pasaran gelap adalah SILICONE GEL (Not Approved), tetapi maseh digunakan di Thailand, Indonesia dan negara2 membangun lain dengan harga yang murah dalam RM200 ke RM500 untuk cucuk hidung, bibir, dagu dan juga zakar. Silikon gel ini sangat merbahaya dan terlalu tinggi risiko untuk mendapat kanser serta komplikasi lain akibat suntikan nya sangat tinggi. Lain lain permanent fillers adalah Artecoll, Artefill, Profill dan Dermalive yang mengandungi bahan Polymethyl-methaacrylate (PMMA). PTFE Graft ( Gortex and SoftForm) dan Bioplastique (Polyvinyl-pyrrolidone gel with silicone particles) adalah juga permanent fillers.

Komplikasi fillers .....nti sambung







1 comment: