Semua kita mesti ada parut, kalau tiada langsung parut dibadan nanti akan di ambil atau di culik oleh Orang Bunian kata orang tua-tua masa di kampung dahulu, tak tau lah sejauh mana kebenarannya, tetapi yang jelas semua kita baik lelaki atau perempuan mesti ada parut, sekurang-kurang nya mesti ada parut dari SUNTIKAN BCG di bahu kanan atau kiri anda. Mungkin juga dengan ada nya Parut suntikan BCG ini tiada lagi anak-anak dara kita sekarang yang hilang diambil Orang Bunian.
Suntikan BCG ini adalah untuk merangsang daya tahan badan anda kepada penyakit TB(batuk kering). Kalau anak dara kampung dulu sering dapat parut kalau terluka kena pisau sewaktu memotong sayur ataupun menyiang ikan ataupun parut akibat mendapat kudis di kaki sewaktu kecil. Parut di muka amat lah menakutkan oleh semua wanita kerana dengan adanya parut dimuka maka kecantikan seseorang wanita itu akan jauh berkurangan. Berlainan pula dengan lelaki, parut dimuka boleh menjadi kebangaan bagi sesetengah lelaki, ianya dapat menunjukkan sikap kelelakian nya, ada ayat seperti ' men's are proud of their scars'.
Kalau dulu parut ini adalah suatu ketentuan dan harus kita menerima sahaja kerana tiada apa yang boleh atau mampu untuk kita lakukan. Tetapi zaman sekarang berbagai parut boleh kita perbaiki atau padamkan dengan berbagai cara moden yang ada.
Microdermabrasion mampu meratakan dan secara perlahan-lahan mengurangkan parut-parut jerawat yang terdapat anda. Ianya harus dilakukan berulang-ulang untuk berberapa kali dan tergantung pada keterukan parut-parutnya. 'Dermal Roller' juga adalah satu teknik mudah yang mampu mengurangkan parut-parut jerawat dengan berkesan sekali.

Parut yang membengkak (hyperthropic scars) atau lebih di kenali dengan "Keloid" mampu di hilangkan dengan suntikan intra-lesional Kenacort dan Fotona Laser serta juga Fractioner CO2 Laser.
Penggunaan Laser dalam menghilangkan Parut adalah amat berkesan sekali. Bukan hanya Parut jerawat sahaja yang boleh di hilangkan malah semua jenis parut seperti parut akibat dari pembedahan dan juga parut akibat kecederaan.

Zaman sekarang antara parut yang sering menimpa kaum perempuan adalah parut pembedahan! terutama sekali parut dari pembedahan beranak iaitu 'lower segment caeserian section scar', kebanyakan ibu-ibu muda yang melahirkan anak di hospital swasta akan menerima parut ini sebagai hadiah kerana melahirkan anak secara lebih mahal. Doktor sakit puan se,memangnya tidak berapa perihatin diatas parut LSCS ini kerana mereka menjahit secara biasa sahaja luka tersebut dan kebiasaannya akan meningalkan kesan parut yang tidak cantik. Banyak suami-suami muda yang merasa kurang senang dengan parut yang terdapat di perut isterinya, malah ada yang takut dan trauma untuk menyetubuh isterinya untuk beberapa ketika dan ramai juga yang sudah kurang selera melihat perut isteri yang berparut.
Bagi yang mampu, mereka terpaksa berjumpa doktor bedah plastik untuk membuat pembedahan plastik bagi 'scar revision' terhadap parut tersebut, tapi tentulah lebih mahal dari kos melahirkan anak melalui LSCS dahulu.
Sekarang mungkin isteri dan suami yang boleh tersenyum dengan adanya teknik Laser untuk merawat parut-parut tersebut tanpa menjalani proses pembedahan yang sudah tentu mempunyai lebih banyak risikonya. Laser Fractional CO2 mampu menghilangkan parut kesan dari pembedahan secara perlahan-lahan dan ianya perlu dilakukan beberapa kali.

Semua jenis parut pembedahan dan juga parut akibat kecederaan boleh di rawat dengan Laser.


Microdermabrasion mampu meratakan dan secara perlahan-lahan mengurangkan parut-parut jerawat yang terdapat anda. Ianya harus dilakukan berulang-ulang untuk berberapa kali dan tergantung pada keterukan parut-parutnya. 'Dermal Roller' juga adalah satu teknik mudah yang mampu mengurangkan parut-parut jerawat dengan berkesan sekali.

Parut yang membengkak (hyperthropic scars) atau lebih di kenali dengan "Keloid" mampu di hilangkan dengan suntikan intra-lesional Kenacort dan Fotona Laser serta juga Fractioner CO2 Laser.
Bagi yang mampu, mereka terpaksa berjumpa doktor bedah plastik untuk membuat pembedahan plastik bagi 'scar revision' terhadap parut tersebut, tapi tentulah lebih mahal dari kos melahirkan anak melalui LSCS dahulu.
Semua jenis parut pembedahan dan juga parut akibat kecederaan boleh di rawat dengan Laser.
Hai Sy pon ade parut bekas xcident, Mcmna cara buat laser ni,kat mna klinik nye?
ReplyDeleteSaya ada parut selepas operation dimuka parut dalam,boleh tak saya nak hilangkan parut tu?
ReplyDeleteThe Betting Company: SIA (UK, Malta) - JTGHub
ReplyDeleteThe Betting Company: SIA 영주 출장마사지 (UK, 광주 출장샵 Malta) 대구광역 출장마사지 - 동두천 출장안마 JTGHub 김해 출장마사지